Friday 15 February 2013

Pure marine Collagen



hello...hello...hello... pernah dengar x kolagen rumpai laut??? mesti pernah kan3..ke saya yang ketinggalan n baru nak tau??? muahahaha ok x kisah la kan yang penting saya dah tau, sekarang kolagen rumpai laut ni tengah jadi bahan yang paling hot...panas3 macam goreng pisang hehe over lak!! ramai gadis2 di luar sana yang berebut2 nak mencuba kolagen ni..hahaha nak cantik la katekan...harus cuba..

saya pon baru start makan kolagen rumpai laut ni so far belum ada perubahan lagi la kan sebab baru seminggu makan kolagen ni, mana la ada perubahan lagi kan mesti la amik masa sikit jugak...kalau ko makan terus ada perubahan kira magic sangat lettuw!! muahaha :P hebat2...hehe

saya cerita sikit eh serba sedikit tentang kolagen ni..aritu member saya ada suggest kan suruh try makan kolagen ni, tapi masa tu saya x berminat sebab dok dengar orang cakap kolagen ni bau hanyir laut la, busuk la bila nak makan hati ni terus x berkenan...sory sikit k! bau hanyir2 memang saya x suka memang pantang bau hanyir ni rasa nak muntah..werkkkk (over)

pastu datang pulak kazen saya,saya tanya dia bau hanyir ke bila nak makan kolagen ni?? sebab dia kan jual kolagen ni so dia tau la,dia cakap masa makan memang x da langsung bau hanyir..cuma masa mentah je ada bau..ok saya terus order kat dia n nak cuba..hehe




ni la rupa kolagen mentah..masa dapat2 bungkusan kolagen ni dari kazen rasa x sabar nak guna hehe terlalu over nak gak kan try makan kolagen ni..huhu..pastu bukak2 bungkusan tu ya allah!!!! hanyir gila bau..bau macam dalam akuarium! huhu terus rasa x lalu nak makan..bau hanyir dia kuat sangat.. terpikir gak macam mana nak makan kolagen ni tawakal je lah...haha sebab tu orang cakap kan busuk itu la ubat! pahit itulah ubat..yang wangi2 manis2 suma tu penyakit kan3...betul kan?? ha so nak cantik nak sihat telan je la busuk2 pon :)

anatara khasiat dan kelebihan yang ada pada kolagen rumpai laut ni:

* ia terkenal untuk kecantikan KULIT dan ubat DIET 100% semulajadi...ha tengok tu bukan saja untuk cantik je tapi untuk diet sama pas ni x yah teruk2 x makan nasi sebulan sebab nak diet...amalkan makan kolagen ni pon dah cukup..

* dikenali juga sebagai  "sarang burung laut" oleh masyarakat cina..

* melancarkan kitaran darah, baik bagi mereka yang mengidap kencing manis, darah tinggi, gout, dan asma

* mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang

* melambatkan penuaan dan melangsingkan badan...




saya ajar korang eh step2 nak masak kolagen ni...bagi yang dah tahu x pe la korang x yah amik tau...tudiaaa ayat kasar gila!! haha n bagi yang memang x tahu nak buat macam mana meh sini meh saya ajar ye...alololo manja sangat neh!!



CARA BASUH DAN PENGGUNAANNYA

* 1st korang basuh dulu kolagen mentah tu, ramas2 seperti korang basuh beras tudiaaa..hehe basuh la sampai 5 atau 6x bagi hilang bau hanyir..pastu bila tiba basuhan terakhir tu korang basuh betul2 n toskan..

* lepas dah basuh, korang rendam kolagen mentah yang telah dibasuh tu korang biar semalaman (refer pic kat atas)

* keesokkannya pulak korang tengok kolagen yang korang rendam tu dah jadi kembang n besar korang boleh la buang air rendaman tu n korang cuci sekali lagi bersih2 sehinggan bau hanyir hilang..

* lepastu korang rebus kolagen tu dengan 1.5 liter air kosong.korang kena rebus menggunakan api yang sederhana jangan kuat sangat nanti hangus terbakar haha...:) (x lawak pon kan?? ok jgn gelak!! siyes..)

* masa kolagen tu dah cair korang boleh pilih nak letak daun pandan ke atau letak perisa ros @ oren ( untuk hilangkan bau hanyir) macam saya, masa rebus tu saya terus letak perisa oren..setengan orang x letak apa2 perisa pon..boleh je sebab ni suma ikut kemahuan korang sendiri.

* selesai masak korang tapiskan kolagen tersebut kedalam bekas..bile kita tapis je automatik ada ketulan2 kolagen rumpai laut yang x hancur tu kan..yang tu korang jangan buang..




korang tengok gambar kat atas tu masa saya dah tapis n terus simpan dalam peti sejuk..biar dia sejuk n jadi macam agar2..gambar kat bawah pulak masa kolagen tu di tapis..korang boleh simpan kolagen yang kita tapis tu sebab boleh digunakan pada muka..boleh buat masker, saya ajar korang eh cara nak buat masker kolagen rumpai laut ni..



CARA MEMBUAT MASKER KOLAGEN RUMPAI LAUT

* Selepas korang rebus kolagen, korang tapiskan terlebih dahulu

* sisa tapisan digunakan untuk membuat masker

* 1st sekali korang cuci muka bersih2, kemudian sapu pada keseluruhan muka dan leher..korang akan rasa sejuk & lembab..

* tunggu sehingga masker kering atau dalam 30 minit






 lepas dah kering korang basuh muka dengan air suam sehingga bersih..lepastu korang akan rasa lembab, gebu, cerah & tegang walaupon dengan permakaian masker yang pertama!! see! hebat kan?? itulah yang dikatakan khasiat dari kolagen asli..terbaik dari ladangg haha cewahhh..

tu je lah, senang je kan nak buat masker ni, x susah pon ala buat bendi ni pon bukan nya lama pon! kejap je k tolong jangan malas ok!! marah ni :) muahaha..lagi satu kolagen ni pon korang boleh buat untuk tambahan dalam minuman ke, dalam makan pon boleh seperti sup.. boleh je suma tu..


CARA MEMBUAT MINUMAN DARI KOLAGEN RUMPAI LAUT

* kolagen yang kita masak td tu kita simpan dalam peti ais n dia dah jd macam agar2 kan? ok, korang boleh campurkan 2 atau 3 sudu besar pati kolagen yang dibuat tadi bersama jus oren atau apa2 jus yang korang nak korang campurkan je.

*  kacau2 air tadi tu bersama pati kolagen sampai pati tu larut dalam air jus kita tu then minum je senang je ok..


macam tu je senang sangat..mudah je kan..korang tau x khasiat  kolagen rumpai laut ni 10x ganda tinggi dari sirip yu yang berharga semangguk kecil RM300.00!! wowwww!!! sangat hebat! lepastu sama jugak dengan sarang burung layang-layang yang berharga ratusan ringgit tu..dah tu kolagen ni boleh bertahan sehingga 3 ke 4 minggu..

korang percaya x? kolagen rumpai laut ni x sampai puluhan ringgit,ratusan ringgit x sampai ok x sampai! murah j dengan harga sekitar RM 15-20 korang dah boleh dapat dah kolagen ni..x yah abiskan ratusan ringgit nak cantik semata2 hehe barang murah pon kualiti dia sama besar ngan barang mahal kan?? so pikir2 lah ye..





tamat la sudah entry kali ni hehe..kesimpulannya korang jangan berhabiskan ratusan ringgit untuk kecantikan k.. x semesti nya barang murah x de kualiti cewahhh..sambil2 korang pakasi mask tu sementara nak tunggu mask kering korang boleh gak makan buah tomato kecik tu..macam pic kat atas tu..tu adalah buah kegemaran saya tomato kecik..sedap sangat..tomato pon salah satu buah untuk kecantikan kulit gak kan?? so apa lagi? jom pakat2 amalkan makan buah tomato k..hehe..gambar kat bawah ni terover edit :) cantikkkk je kan guna kamera 360 muahaha cantikk i love it  :) OK TATA..


TQ sebab sudi baca.. :)


No comments:

Post a Comment